Sunday 31 January 2016

Sakit


Assalamualaikum,

Sangat kekok sebab dah lama tak menulis. Dulu penulisan is my passion. But now i think sleep is my passion. HAHAHA. cowyy.

So, waddup my readers? (even takde siapa baca atau usyar pon blog ni. hihi) Apa-apa pon harap semua berada dalam keadaan yang sihat dan happy. 

Terlalu busy ni satu jawapan yang cliche ke untuk orang yang malas serba serbi macam aku ni? sorry lah pada yang mengharapkan aku sambung tulis cerpen Pelarian dan Bukan Dia Tapi Aku tu. Aku ni sejak busy dengan life dekat U dan jugak dekat twitter, aku takde masa pon nak perah otak sambung cerpen tu. Korang doa-doa jela aku rajin kayy.

Ada tujuan juga aku rajin membebel dekat blog harini. Tapi bukan nak sambung tulis 2 cerpen tu tau. Aku nak cerita pasal apa yang aku buat semalam. 

Actually, aku seorang yang bukan share pasal kehidupan peribadi aku kat internet dan media sosial malahan real life. Cukuplah orang tahu nama aku dan ketidakpuasan hati aku dalam kehidupan. Pastu tah pape tah aku merepek kat twitter tu. CUKUP LAHHH. kakakaka. Lagipun bukan orang kesah pon ye dok? 

Orite. Jadi aku teruskan kepada agenda sebenar aku tulis blog harini. Dari hari isnin sampai hari jumaat minggu ni aku menderita dengan test dan quiz. Course yang aku ambil ni penuh dengan menghafal, dan memahami.  Aku bukanlah seorang student yang pandai menghafal. Semalam aku hafal, harini aku dah lupa. Jadi aku lack serba serbi dengan Diploma Sains aliran Biologi ni. I hate facts. So, hari jumaat tu juga aku dengan member2 aku decide nak release tension. Then, ada cadangan ajak hiking dekat Bukit Larut. Jadi semua sebulat suara setuju nak hiking dekat Bukit Larut. 

Kami semua bangun pukul 5 pagi untuk bertolak menuju ke Bukit Larut. Jadi sebagai permulaan pengembaraan ni aku akan cerita serba sedikit mengenai lokasi Bukit Larut ni. Bukit Larut terletak di Taiping, Perak. Bukit Larut merupakan kawasan paling lembab di Malaysia. I bet ramai yang tahu pasal fakta ni sebab ada dalam buku Geografi masa sekolah menengah dulu.Aku study dekat UiTM Tapah,Perak. Ada satu member aku ni cakap, dia pernah pergi Bukit Larut dan dari Tapah ke Taiping dalam anggaran 2 jam gitu. Tapi member aku yang pernah pergi ni dia tak ikut sebab demam, tapi kami still procced with this plan. Kami semua ni main redah jela. Pasrah dengan kerja yang tak berapa nak siap ni. Kenapa aku cakap cemtu? Sebab semua yang pergi ni memang takde idea Taiping dekat mana, Semua tak pernah pergi Bukit Larut tu. Semua tak pernah hiking kecuali sorang member aku. Tak tahu dekat sana ada orang nak guide ke tidak masa hiking. Jadi pada awal pagi tu, semua berjalan dengan lancar sampailah selepas kami berlima tiba di kaki Bukit Larut. 

Member aku yang pernah pergi tu cakap. kalau datang awal pagi dalam pukul 6.30 kami semua boleh naik jeep. Naik jeep tak penat dan perjalanan hanya dalam 15 minit je. Tapi kami tiba di kaki Bukit Larut pon dalam pukul 8.30 pagi( sebab tak tahu jalan dan sebenarnya Tapah ke Taiping jauh.) Jadi semua decide nak hiking. By the way, Bukit Larut ni boleh hiking mengunakan jalan tar atau jungle trekking. Ketika kami berlima berada di entrance Bukit Larut kami nampak sekumpulan lelaki nak start hiking. Kami pon tanya samada boleh join dorang hiking ke tidak. Dan dorang tak kesah. 

Jadi, kami masuk ke dalam hutan walaupun ada jalan tar. Sebab nak ikut sekumpulan lelaki tu. Takut sesat punya pasal. Atas sebab kami semua tak pernah hiking dekat situ. Dalam perjalanan masuk ke dalam hutan tu atau lebih dikenali sebagai jungle trekking, aku sempat terkejut beruk sebab aku tak penah imagine yang aku kena mendaki susur-susur antara pokok yang ada ketika besar dan ada ketika kecik. Awal pendakian aku dah muntah sebab takut nak naik. Kau bayangkan lah, hobi aku dah lah tidur, kalau tak pon baring atas katil layan twitter pastu tengok movie. Mana ada masa jogging (alasan) jadi confirm lah aku ni takde stamina nak mendaki. Semasa mendaki memang perangai aku menjadi terlebih annoying. Perkataan yang aku sebut cuma "Nak turun" "Nak balik" "Taknak kurus, nak gemok" sambil paksa diri untuk naik. Aku takde ambil gambar tempat masa jungle trekking tu tapi tempat yang kami semua kena daki tu sangat cerun. Waktu tu lah aku muntah meggi( sebab pagi tu aku sarapan meggi goreng dekat mamak). Ni aku kepilkan sekali gambar aku jumpa dekat google.  

Kau tengok yang kat bawah sekali sebelum kena panjat benda ni. kat situlah aku muntah. kakaka

Segala jenis otot yang berada dalam tubuh aku menjadi shock! Terkejut! Omaiii. Mula-mula daki aku rasa penat dan tak kuat. Tapi mujur ada yang tunggu aku mendaki macam kura-kura. Buat perangai gedik dalam hutan. 

so, i introduce you my hero, Fahim.
Jadi Fahim ni lah yang tunggu aku daki cerun tadi tu. Dan sepanjang aku mendaki, kalau aku putus asa, dia akan cakap "Go Fatin Go, You can do it." Dan apa yang aku cakap lepas tu? Aku cakap " Sorry, susahkan kau. Takpe aku boleh hike sorang-sorang." Tapi dia dan kawan-kawan aku tak pernah tinggalkan aku. Setiap kali kami naik susur-susur bukit yang susah mesti sekumpulan lelaki(kawan-kawan fahim) tunggu. Mereka tak pernah langsung tinggalkan kami semasa mendaki. Pendakian yang sepatutnya mengambil masa 1 jam dalam jungle trekking jadi 2 jam sebab kami.

Keluar dari kawasan hutan kami nampak jalan tar. And guess what, masa dekat hutan tadi perjalanan hanya lebih kurang 3 kilometer daripada 9 kilometer. Matilanakkkkk. Lebih 6 kilometer tu kami kena mendaki jalan tar yang cerun dan ada lebih kurang 6 selekoh tajam( laluan jeep). Pada awalnya kami memang happy sewaktu jumpa jalan tar sebab sewaktu trekking kami memang terasa terseksa zahir dan batin. Tapi jalan tar bukan penamat seksaan otot, sendi serta emosi kami. Jalan tar lagi susah. Sudahlah jalan berliku, bukit semua tinggi-tinggi sampai kami jalan mengundur. Aku memang menyesal habis sebab gemok. Aku penat bawa perut sebenarnya.haha. Kaki aku kena menampung berat badan aku yang maha berat. Memang yang paling sakit mestilah kaki.

sumber google: ni contoh jalan tar. tapi ini sumpah tak curam,ada yang lagi curam dari ni.


Sepanjang kami mendaki ada 2-3 perhentian untuk rehat yang di bina oleh penduduk tempatan, lebih kurang macam RNR lah. Dalam kilometer 4 , ada satu perhentian ni, ada 2 lelaki dan 1 perempuan melayu ni cakap kalau nak mendaki sampai puncak lebih baik bawa makanan sebab dekat atas takde cafe atau kantin. Tapi kami memang tak bawa makanan kecuali oreo dan juga gula-gula. Semua macam taknak teruskan. Tapi Fahim tetap cakap alang-alang sampai sana, lebih baik teruskan. Kami pon redahlah. Tapi dalam hati aku tetap suruh aku turun, aku dah penat sangat. Tak kuat untuk teruskan. Pakcik yang dekat perhentian tadi cakap sampai Tea Garden decidelah nak turun atau teruskan mendaki sampai puncak. Dengan segala penat lelah mendaki cerun, akhirnya sampai ke Tea Garden. Walaupun takde pon kebun teh, hahaha. Kiranya kalau dah sampai Tea Garden kami dah sampai separuh dari puncak Bukit Larut. 


Kami bergambar di Tea Garden. Ni lah rupa hero-hero kami.


By the way, dekat Tea Garden ni lah ada sorang antara dorang ni yang bagi aku coklat. Tapi aku tak kenal siapa. Thanks bro, aku memang tengah kebulur masa tu. Waktu di Tea Garden ni kami bincang balik.Ada lebih 4-5 kilometer nak sampai puncak. Sumpah lama lagi. Dengan kami berlima takde makanan, takut tak boleh survive je. Aku ni dah lah kejap-kejap lapar. Habis gula-gula member aku minta. Tapiiiiii... sekali lagi Fahim brainwash kami. Dia cakap dah nak sampai walaupun aku tahu dia tipu. Jadi kami teruskan perjalanan. Walaupun aku terpaksa dan dalam hati asyik cakap nak turun, tapi bila dah sampai separuh, aku rasa kesian dekat member-member aku yang lain. Aku tak sampai hati. Jadi aku teruskan perjalanan dengan semangat baru, semangat taknak kecewakan member-member yang lain. Walaupun aku tahu, aku yang paling lemah, paling banyak hal, paling mengada-ngada. Sorry. Aku paksa kaki aku untuk jalan, untuk panjat bukit walaupun aku tahu aku tak kuat.

Bila member aku tanya Fahim lama lagi ke nak sampai puncak, then dia cakap lagi 300 meter aku tahu dia tipu. Aku nampak signboard lagi 2 kilometer. Aku tahu dia taknak kami semua putus asa. Walaupun penat, walaupun sakit. Aku nampak member aku kena pacat. Darah banyak sangat, tapi dia still boleh teruskan umtuk mendaki. Masa tu perasaan aku bercampur sedih dan penat. Dia yang sakit, tapi still boleh jalan, boleh mendaki, tapi kenapa aku tak boleh? Kenapa hanya perkataan "nak turun" yang ada dalam kepala aku? Tak, aku tak boleh putus asa! Kalau aku turun waktu tu mesti aku jadi manusia paling rugi dalam dunia. 

Otw ke puncak, ada air terjun tepi jalan. Ni lah sumber air kami.


Semua penat tapi acah-acah kuat


Semasa mendaki, kami sempatlah berkenalan dengan Fahim dan kawan-kawan dia. Agak terkejut sebab ada antara mereka merupakan seorang ustaz dan yang lainnya student sama umur dengan kami 20 tahun. Kiranya ustaz ni ustaz muda yang mengajar dorang dan rapat dengan dorang. Dorang student mana? Rahsiaaaa. hahaha

Jalan, jalan dan terus jalan akhirnya sampai. Sampai ke puncak! Kau tahu apa yang aku nampak? Keindahan alam yang orang lain tak boleh nampak kalau dia tidak mendaki atau menaiki jeep ke atas puncak! Cantik sangat SubnaAllah. First yang kami buat ialah group hugs dan jerit! Jerit sepuas hati. Aku bangga dengan diri sendiri sebab aku berjaya melawan sikap putus asa. Berjaya sampai ke puncak. Berjaya buat yang lain tak mengalah macam aku. Banyak perkara yang aku belajar dalam masa 4 jam tu yang aku takkan belajar dalam dunia 'tenang' aku. Hidup aku tongang terbalik selama 4 jam mendaki tu. Tapi aku berjaya sampai ke puncak. Memang sangat bereti setiap detik menuju puncak Bukit Larut. Aku puas!


Walaupun gemok tapi mampu sampai ke puncak, yang naik jeep sampai puncak tolong malu.


Bukan setakat member, dorang ni kawan sebenar. 

Ni jambatan yang berada di puncak Bukit Larut.
TAPI seksaan kami tak habis sampai situ. Kami kena turun bawah jalan kaki sebab takde jeep. Dalam pukul 3.47 kami jalan menuju ke bawah. Disebabkan jalan tar tu curam, kadang-kadang aku lari je. Dah lah sakit kaki sebab mendaki, nak turun pon sakit sebab kami kena turun sepanjang 9 kilometer. Dengan jalan berbukit bukau. Ya Allah, penat memang penat. Takkan ada siapa faham perasaan kami waktu tu. Takkan ada. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya turun dari puncak pada pukul 6 petang tanpa ada masalah fizikal yang teruk-teruk kecuali ada seorang member aku kena pacat.

Sakit- Kenapa title aku sakit? Sebab aku tulis blog dalam keadaan sakit. Sakit otot, nak jalan pon macam nenek kebayan. Nak beli makanan pon tak kuat. Hahahaa.

Apa-apa pon, persahabatan yang kami jalin sepanjang pendakian dan sewaktu turun bukit memang takkan pernah dapat aku lupakan. Terima kasih banyak-banyak kepada student ADTEC Taiping,Perak dan ustaz dia.  Terima kasih kerana membantu, kena menunggu dan kerana sabar. Tanpa korang, aku takkan naik sampai puncak, even Gunung Lambak pon aku naik setengah je, tak pernah sampai puncak. kuikui.

Aku mengambil satu dialog entah dari mana-mana ni untuk kita sama-sama renungkan.

"Hebatlah kau ni, dari mana kau belajar?"
"Kegagalan."


Saturday 14 February 2015

Cerpen Special: Dating.

Pagi itu aku bangun dengan senyuman dibibir.

Imbas kembali

Kakiku menguis tanah. Menanti jejaka kesayangan di taman rekreasi berdekatan dengan universitiku.

Senyuman aku makin melebar apabila melihat kelibatnya menuju ke arahku.

"Sorry lambat sayang. Abang pergi cucuk duit tadi."

 "Ok jom." kata si teruna lagi. aku cuma mengikuti langkah dia. Paling tepat sekali, aku membontotinya.

Dia menarik tanganku lalu membawaku disebelahnya.  Kami berjalan beiringan. Orang melihat dan kami hanya tersenyum sesama sendiri.

"Sayang nak makan apa?" aku mengaru kepala sambil berfikir didalam hati.

"Abang nak makan apa? Sayang ikut je." Dia mengangguk pasrah.Sebelum kami terus melangkah ke dalam mall, abang cuba membetulkan sedikit topinya. hmm, takut orang lain nampak.

"Abang rasa macam nak makan steamboat lah, jom makan steamboat." aku mengangguk lalu tersenyum padanya. Genggaman tangan dia kemaskan. aku rasa seperti dilindungi.Senyuman aku semakin melebar.

Cik abang mencari tempat yang strategik untuk kami berdating. Mahukan privasi katanya. Eleh.

"Silakan duduk sayang." Katanya setelah menarik kerusi untukku duduk. Gentleman sangat. Melting tau.

Setelah settle setting semua makanan untuk di steam. Kami mula menjamu selera.

Tangannya mula merayap menyentuh tanganku. Aku jadi tak senang duduk. Gementar. Bukan sekali dia berbuat demikian tapi kali ini lain rasanya.

"Sorry sebab abang tak boleh bawak sayang keluar jalan selalu. Sayang tahukan abang artis. Kalau orang lain tahu masak lah abang. Apa abang nak jawab dengan reporters."

"Takpe, sayang tak kesah pon. Abang dah bawak sayang sejauh ni pon sayang dah gembira. Yela, selama ni balik-balik hotel murah. Sekarang impian sayang untuk dating dengan abang di khalayak ramai dah tercapai." Aku terlalu gembira sampai tak berhenti tersenyum.

"Sebab tu abang cintakan sayang ketat ketat."

"Abang tolong janji dengan sayang yang abang takkan cari yang lain dah. Sebab sayang betul-betul fallen for you." Kataku dengan ghairah.

"I promise!"

Sekarang

Aku tersenyum apabila melihat muka depan akhbar Hari-Hari Huru Hara. Jelas terpampang didada akhbar yang tertulis.

Raikal, seorang pelakon drama slot akarsia seorang homoseksual.

Tahulah aku selepas ni bakal ada dating kedua ketiga dan seterusnya antara aku dengan abang dikhalayak ramai setelah tersebarnya gambar aku dan dia didada- dada akhbar. Aku tersenyum puas. Tak sia-sia akal yang diberi tuhan ini.

Kata Malin

Hari ni saya rasa seperti semua orang sedang memerhatikan saya. Saya tak mampu untuk menyekat pandangan orang lain dan hanya mampu membalas dengan senyuman, walaupun tak ikhlas tapi ramai yang cair seperti coklat ferrero rocher. Hambik kau... coklat ferrero rocher bukannya  senang nak cair tau!!!

Hai

Asalamualaikum,

Aku tengah bosan ni. Aku rasa macam nak buat sesuatu gila.




Ok. bai




Sunday 9 November 2014

Tongkat

Assalamualaikum,

Aku baru habis sem 1 kat uitm jengka, pahang. Next sem aku transit Tapah tanpa sorang pon kawan baik aku (shit). Nanti dialog 'Hai, awak datang dari mana?' berulang lahh.. aku tak kenal sorang pon. Sama macam aku nak masuk jengka dulu. Alone. Lonely. Sad. ahaks.

So, tajuk pon dah pelik. Tongkat? ada apa dengan tongkat?

Aku just nak kongsi cerita lucu waktu hari hari akhir kat uitm dengan perangai tak matang kitaorang(biasalah part 1).

Malam sebelum kitaorang balik ke negeri masing2, kitaorang kluar bandar untuk makan ais jagung. Duk kat jengka sentral. babai classmate yang nak balik Kelantan dan macam2 lagi. Hampir pukul 10 malam kitaorang decide untuk balik. Agak ramai juga ah orang kat jengka sentral yang tunggu nak balik kolej malam tu. Kitaorang decide untuk naik van kuning yang van sekolah tu sebab  pakcik tu dah tunggu lama dan takde siapa pon yg naik. kitaorang kesian dan naik van tu. sebab kenapa dorang tak naik? sebab van kuning boleh hantar sampai kat dataran je. tak hantar sampai kolej kediaman.

Ceritanya sekarang dia hantar sampai dataran je. kitaorang kena jalan kaki ke kolej. Dapatlah kitaorang usyar motor kereta yang lalu kat tepi dengan pandangan sinis sambil bermonolog dalam hati 'depa ni sejak aku dari mds sampai la ni tak pernah ada yang berhenti n tanya "nak tumpang?"' ceit. sambil jalan tu kitaorang buat lah lawak, perati kat padang, kompleks sukan mana lah tahu nampak hantu yang kitaorang baca kat internet. tapi takde. Pastu sary one of my friends cakap 'tongkat! tongkat!' kat motor yang lalu dengan suara yang perlahan. pastu kitaorang gelak2 sebab kelakar gila. Semua jadi excited n start kacau motor yang lalu dengan "Tongkat! Tongkat!". tapi still dengan suara yang perlahan.

TIBA TIBA. aku jadi terlebih excited n jerit 'tongkat! tongkat!' kat sekumpulan abang senior. Yang lagi kelakarnya dorang pi tengok tongkat dorang. kitaorang dah gelak gelak macam nak putus urat kentut. TETAPI, yang paling menyayat hati salah satu motor tu berhenti dan pusing balik. Dia menuju kearah kami. kitaorang dah kecut. Aku lagi lah. Aku jalan cepat cepat stick together dengan member yang lain. tetapi sary dengan jieha dah tinggal kat belakang.

Jieha tanpa buang masa mengejar kitaorang yang kat depan, tinggallah sary sensorang kat belakang. kenapa dia lambat kedepan pon aku tak tahu daaaa.. abang motor tu menuju ke sary. dia tanya sary "siapa yang cakap tongkat tadi?" dengan sisa ketawa sambil menghalang sary jalan menuju kedepan dengan motornya. sary dah tak tentu arah. dia cuba cari jalan keluar. lalu sary berkata " bukan saya, yang tu tu" sambil menunjuk ke arah kitaorng semua. pastu abang tu  cakap "oh dah pandai ae?" sambil gelak gelak. aku syak dia ketawakan kebodohan dia. Aku dah bantai gelak kuat kat depan . sambil dalam hati berkata " Senior, tapi bodoh" pastu aku pandang kedepan, aku nampak sorang lagi kawan dia menuju ke kami sambil berkata kepada kawan dia yg halang sary "eh, dah lah. jom balik." fuhh, lega. penyelamat. dia pon pusing dan menuju ke kolaj kediaman dia. sary dah takut. hahahahhahaah.

Balik kolej kitaorang bantai gelak sambil sary buka hikayat 'kawan ketawa ramai, kawan susah takde sorang pon' hhahahahaahhahaahhahaahhahahaha

Thursday 30 May 2013

Review Novel Calon Isteri Jutawan

ASSAMUALAIKUM,


Kalau korang perasan stesen televisyen tanah air (KAU!) banyak sangat menayangkan drama melayu yang diadaptasi dari novel. Yeah, memang menjadi jadi sekarang ni. 
Mereka ni bukan apa, kalau novel yg diadaptasi tu memang dah ada peminat yang tersendiri, jadi secara tak langsung penerbit dapat menarik penonton yang ramai untuk menonton. Lagi lagi novel yang penulis dia dok update kat blog. 

Apa apa pun, ni aku nak update pasal novel yang aku baru beli. Beli dari penulis sendiri kau! HAHAHA.. ekseted to the max! lol.




SINOPSIS
Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia? 

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak car
i isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”


“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis: Nuriffa
Penerbit : Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-05-1
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)




Hahaha.. baca sinopsis je dah buat aku sawan. lol.
Ekceli novel ni dah lama aku baca dalam blog cik writer. Tapi tak habis  baca sebab writer kata dia nak publish dalam bentuk buku. 
Aku baca dalam hujung tahun 2011. 
Yup, penantian yang  lama sebenarnya.
Kebetulan masa aku usyar blog writer ni sebab nak baca cerpen2 dia, aku dapat tahu yang novel dia dah publish.
TAPI malangnya, aku nak kena pergi PWTC Pesta Buku Antarabangsa untuk dapatkan buku dia.
Aku duk KLUANG bukan KLANG k. huwaaaaa!
Tapi jangan risau buddyyzzzz! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cehhh.
Writer novel ni kata dia nak buka order. Special nya kalau order dengan writer direct, kita boleh dapat signature. OMGGG!!
Haha, so, aku kena tunggu lagi seminggu sebelum CIJ ni betul betul berada dalam genggaman aku. kuikui.
AND NOW....






First novel yang ada signature writer. kuikui 





Novel ni best sangat. Aku berjaya  menitiskan airmata walaupun part tu tak sedih pon. over gila. Hahaha. apa  apa pun kalau berminat boleh cari dekat Popular atau MPH berdekatan anda :) tak rugi k. bai.

NOTA: Ada khabar angin yang mengatakan novel ni copy paste drama JODOH.. sorry banget ya novel ni ditulis pada 2011 :)